~ surat untuk blog aku.

 Assalamualaikum.

hai blog. apa khabar kau? eh, kenapa muram sangat kau hari ni? rindu aku eh. minta maaf sangat, aku tak boleh nak luangkan masa dengan kau lebih-lebih. kau tahu bukan, kehidupan aku sekarang macam mana.

aku suka kehidupan aku sekarang.

hei, dengar sini. aku bakal bergerak ke satu tempat yang agak pedalaman bagi aku. susah untuk aku berada di 'atas talian' lepas ni. susah untuk aku berhubung dengan kawan-kawan aku dah lepas ni. sedih bukan?

ohh serius, aku memang suka.

kalau kau terhidu aku tengah online facebook, jangan cemburu. itu bermakna aku sedang cuba sedaya upaya menjenguk kau. aku masih lagi sayangkan kau. ah, sukar untuk aku takrifkan macam mana perasaan aku sekarang.

ya, aku suka sangat dengan keadaan aku sekarang.

sudahlah. makin lama aku menaip, makin sedih kau aku tengok. janganlah macam ni. ingat, kau tu blog. bukan manusia macam aku. manusia ni lain, tak sama macam kau.

yang benar,
shark

p/s : post macam haram 'J'. ceh.

no comment box available right now. thanks.

~ sodium chloride (NaCl) boleh membunuh.

Assalamualaikum.

observation. dari sudut amatan aku, sodium chloride (NaCl) atau melayunya, natrium klorida boleh membunuh. dalam subjek kimia, NaCl merupakan garam biasa, adalah satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel.

garam biasa yang boleh membunuh sejumlah besar semut.

NaCl solution.

membentuk gumpalan semut.

konklusi : semut lebih hypotonic berbanding sebatian NaCl.


kalau ada peragut mentaliti kelas ke tiga, ugut dia dengan ayat ni,

"jangan dekat, nanti aku simbah kau dengan natrium klorida" sambil keluarkan sebotol air mineral.

p/s : aku buat experiment dalam makmal bawah tanah aku. dah, jangan tanya mana aku dapat sebotol NaCl solution tu

~ ketidaksamaan.

Assalamualaikum.

dalam hostel.

malam. aku ada terdengar suara orang berborak. sesekali bunyi orang tergelak kedengaran juga. aku cuba memasang telinga, manalah tahu junior aku tengah mengumpat pasal aku.

dengar, dengar, dengar.

OMG! (oh, maju gila!). mereka sedang berborak tentang perihal sex. aku menggaru kepala tanda hairan. apa, dalam subjek sains tingkatan 1 ada belajar tentang 'Reproduction' juga? atau kementerian pelajaran dah mewajibkan sex education pada peringkat awal?

aku dengki. masa aku 'jagung' dulu tak ada pun suasana macam ni. heh.



p/s : nakal.