~ 5 perkara yang aku tak suka bila..

assalamualaikum pembuka bicara. sebelum tu jutaan terima kasih kepada Encik Afif sebab rajin buat header yang exclusive tu. kira sponsor dari dia lah ni (walaupun aku tak femes) nanti nak mintak footer la pulak. terharu 154678 saat (tolong jangan jeles ye). finally, aku ada gak header. alhamdulillah, all praises to Allah.

back to our bisnes. tajuk tergantung pulak. aku nak tulis '5 PERKARA YANG AKU TAK SUKA BILA MENGHADIRI KENDURI KAHWIN' sebenarnya. tapi panjang sangatlah.
ni majlis kawin saudara aku (yang perempuan)
layan je la ekk;

1) baju sama
tengah kontrol ayu melangkah kaki ke kenduri tu, tetiba ada sorang awek baju sama dengan aku. rasa nak balik rumah je time nih. ayahanda aku akan cakap, "ehem, ni nak join boria ke?". aku diam dan buat tak tahu je.

2) tukang bagi makanan
tidak, bukan aku benci mak cik yang tolong letak makanan tu (rasa macam duduk hostel pulak). tapi bila dia letak tempoyak (aku tak suka!) dalam pinggan aku, macam mana aku nak makan? bonda aku akan cakap, "tak makan ye, meh letak kat pinggan ni". aku hulurkan je.

3) tak cukup tempat duduk
ok, kejadian ni dah biasa dan sangat menguji kesabaran. tapi bila family aku semua dah dapat tempat duduk and aku pulak yang tak dapat, macam mana? along aku akan cakap, "kau makan berdiri je lah". aku tunggu je orang siap makan.

pewwiitt (aku ngorat budak baju oren tu)

4) kugila kugiran (macam band lah) 
benda ni memang tak salah tapi, tengah syok-syok makan, KRREENGG(bunyi gitar)! memang tersedak  aku dibuatnya lemah semangat. cepat-cepat aku minum air. abang aku akan cakap, “kenapa? kau dah nak naik stage ke?”. aku angguk kepala tapi terus makan.


5) soalan cepu emas
bonda aku boleh pulak jumpa kengkawan dia kat sini. so, aktiviti borak-borak pon terlaksana. masalahnya, aku akan jadi sasaran pertanyaan cepu emas mereka. contoh ; bila kau nak kawin pulak? adik aku akan cakap, “sila jawab dengan jujur”. aku sengih je dalam hati bercakap, ‘hello mak cik, saya tak cukup umur lagi!!!’ 
makcik, jangan mengumpat tau!

p/s : ini adalah pandangan aku semata-mata ok. (aku rasa aku list benda yang tak relevant la pulak)

20 comments:

amny.. said...

ahahhahahaha....

ak ske en3 ni...

berair2 mte ak bce.!!!!!!

miss shark said...

dear amny : kau sokmo jadi pengomen first.. terharu lah :) jangan nanges!!

Nurul Syuhada Bt Hasri said...

aku mls ar g time ko kawen t...*jgn berase

miss shark said...

dear Nurul Syuhada Bt Hasri : jangan nyesal tau! (jimat nasi minyak aku) :p

Wafiy Suzly said...

logik2, memang logik..hehe

miss shark said...

dear Wafiy Suzly : ngee~ terima kasih kerana rasa ianya logik <--- ayt skema

kay_are said...

yang 1, 2, 3, 4 tu x pernah jadi lagi.. tapi yang 5 tu selalu gak.. ++ akak dah kawin, so next target me r.. sabar je..(-_-")

miss shark said...

dear kay_are : emm, tu la pasal. tak pernah pon terpikir nak kawin.. hee~ lambat lagi lah..

miszlullaby said...

kelaka la shag nih..part nak nek stage tu xle blah=)

miss shark said...

dear miszlullaby : wee.. ada cita2 nak nek stage sbenarnye :p tapi tak kesampaian..

r-5 said...

saya pun tak suka gi umah orang kahwin ni~ adusss. sigh~ '=.=

miss shark said...

dear r-5 : tapi kalau orang dah jemput terpaksa pergi kan :) hehehe

aLieF si Muncung ManiS said...

miss shark,,tak suka tempoyak ke??meh sini bagi kat alief..hehe..miss shark,,alief pun nak tanya,,miss shark dah ada bf belum??hehehe...soalan cepu emas..

miss shark said...

dear aLieF si Muncung ManiS : mmg saya tak suka lah tempoyak.. nanti sy bagi alief ekk..alamak, ssh betul soalan alief ni (sambil garu2 kepala).. hehehehe :p

Zaza said...

mule2 bile msk blog ni mmg dah teruja giler tgk hader. rupenye org lain yg tlg buat kan..

miss shark said...

dear Zaza : hehehe.. dia rajin nak buat (tak mintak pon).. kalau nak, request lah kat dia :p

FurBall said...

pergh...mmg malang lah kiranyaa ko pergi kenduri nih..ehehehe..tape..janji dapat makan free..itu yang penting..n dpat usha org..mungkin ada yg lebih malang..ahahaha

miss shark said...

dear FurBall : tu la pasal.. rasa mls je nak g kenduri apa semua ni. tapi sebab mkn free, ku gagah kan jua kaki melangkah ke kenduri tersebut.. huu~

Raji berkata said...

hahahah taw xpe..
disamping perkara mengembirakan makan free bnder2 cmnih yg ak xske gak
tapi kalau bab baju sama tuh mcm jarang utk ak kot
hak2
kalau ad pun time kcik2 dlu baju sepesen adik bradik =.=

ps: woahh lawa header der wat~

miss shark said...

dear Raji berkata : aaa.. kau kalau makan free memang laju je kan..asal la aku sorang je yang asyik pakai baju yang same dengan orang lain (tapi tak salah oh).. header tu dia buat main2 jee.. psst, mmg lawa :p