~ wayang itu cinema.

Assalamualaikum,

ini adalah kejadian tahun lepas. ok, enjoy.

aku dulu bukan suka sangat hang out dengan kengkawan. malas. tapi tahun lepas tergerak pulak hati aku nak join kengkawan aku hang out. biasa, darah muda.

aku naik bas je nak pergi bandar. nampak independent (indie) sikit kan? cool. aku naik bas sorang diri je. biasalah kan, ada orang kenyit-kenyit mata kat aku (ayat bajet cantik je). aku kenyit mata kat dorang balik. tak, aku tak layan pun. heh, jejaka jalanan.

sampai je kat bandar, aku terpinga-pinga. hilang arah sekejap. then, aku call la kawan aku ; speed (bukan nama sebenar).

"woi, korang kat mana ni? aku dah landing ni."

"kitorang kat terminal bas ni. datang lah sini."

hampeh. aku landing depan masjid time tu. terpaksa ambil cab nak pergi terminal. melayang duit aku. nak tak nak, aku terpaksa.

pada mulanya, kitorang berempat. then si qura' (bukan nama sebenar) meraban pergi lepak dengan orang lain. citt, macam tu lah kau kan qura'? tinggal lah aku, speed and ina (pun bukan nama sebenar). kami bertiga cool je. bandar Kuantan je kan. bukan New York city pun.

lepas discuss selama 33 minit lama nak mampos, kitorang pun decide nak pergi tengok wayang. aku ni pun bukan lah kaki wayang sangat. boleh percaya ke? duit dalam poket pun cukup-cukup je nak buat tambang balik rumah. tapi di sebabkan kitorang keluar hari Rabu, tiket dah 'lelong'. jimat RM2 (ni modal nak balik rumah).

dalam wayang. masa tu, aku gatal nak ronda-ronda mall cuci mata. so, terlewat lah berapa saat nak masuk wayang tu. gelap. batang hidung orang pun aku tak nampak. masalah utama ; nak cari seat. aku ni dah lah rabun gelap. meraba-raba cari seat. fuhh, lega dapat jumpa seat kitorang. tetiba je,

"dik, ni seat kami ni dik"

"ehh, ni seat kitorang lah bang" aku berani sangat time ni.

bila kitorang cek-cek tiket, sah. kitorang salah seat. cepat je kitorang blah. nasib baik gelap. aku pun jumpa lagi seat kosong. 3 seats tu. confirm kali ni betul punya. speed and ina pun join lah duduk situ. tak sampai 1 minit kitorang duduk, owner seat tu sampai. salah lagi. malu wei, malu. again.

kali ni aku cari betul-betul (guna kanta pembesar). nasib baik jumpa. kali ni betul punya (yakin).

cerita pun start dengan jayanya. aku, speed and ina pun menikmati cerita tu dengan tenang. sampai ada scene 18sx, kitorang terdengar suara budak. budak tu aku rasa under 18 lah. macam 13 tahun gitu.

"malu. ehh, malu."

setiap kali ada scene 18sx je mesti dia cakap macam tu. nak je aku sepak-sepak budak tu. dah tahu umur tak cukup, tengok jugak cerita tu. dah menganggu ketenteraman awam. pergi jahanam lah kau budak. sibuk je kan. aku time tu curi-curi pusing belakang. ciss, budak lelaki rupanya. suara macam perempuan.

sepanjang dalam wayang tu mesti dengar suara budak tu. dia gelak, dia makan pop corn (bunyi kuat gila), dia berborak dengan kawan dia. tension betul aku. tapi aku kan cool. then, cerita tu pun habis. Alhamdulillah. lega. kitorang pun tunggu lah lampu dalam wayang tu on balik (padahal nak tengok budak tu). hampeh. dia sekeluarga rupanya. baru ingat nak sound. tak jadi.

creadit to GOOGLE
siapa yang always out Kuantan, then tak tahu wayang apa kat atas tu memang nak mintak penampar. saja, aku gurau je. i prefer choose this cinema than others. high class punya. ye ke? entah.

p/s : rajin pulak aku nak taip panjang berjela. mesti korang ada skip skip nih. cehh.

32 comments:

Wafiy Suzly said...

kau comel mesti la ade org kenyit mate, haha. eh, kenapa tak sound direct je budak tu? bhahaha. gatal gak ko ek tengok citer gitu :P

miss shark said...

dear Wafiy Suzly : agak2 ahh kau. nak perli aku kan. aku masih berfikiran waras time tuh. tak nak lah sound2 kan. oii, part 18sx tu aku tutup mata oi. hihihihii

Wafiy Suzly said...

tak perli pon, ahaha. tutup mata? rugi la duit kau masuk panggung :D

FurBall said...

ahahhaa...biasa lah tuh kalu budak lelaki...budget nak attention tunjuk baik..tp dalam hati melonjak kegembiraan

cik hemo hemo said...

bebudaak jek tu . bese la, tak matured . adesss

miss shark said...

dear Wafiy Suzly : fishy. hahahaa.. betul lah wehh, aku tutup mata. bukan macam kau :p

miss shark said...

dear FurBall : tau tak apa. nak baik2 sangat jangan lah menyibuk tengok wayang. ngeh3..

miss shark said...

dear cik hemo hemo : culture shock namanya tu. hahahaa.. nama pun bebudak.

Ched said...

suka la kau kn dpt tgk 18sx tu..nasib baik umo aku x ckup lg.keke

miss shark said...

dear Ched : wehh, mana ada lah. aku paling anti dengan porno2 nih. cehh, tak cukup umo konon :p terlebih.

Ched said...

ah kau.. sme la ngn aku kalo cmtu...alergic dgn porno2 ni...hihi

miss shark said...

dear Ched : cececechh.. aku tak percaya. kau suka gila benda2 camtu. bhahaha :D

Ched said...

lps bca entry kau baru ler aku taw porno tu ape......hakhak

kNOcK..KnOcK.. said...

hahahahahahaha...
btoi sharkk...
x kn leh lupa 2..
ngee~~da lur frst time msuk pngung
bru masuk da kne cm uw...
hatdoii hatdoiii...
mallluuu...
hohohohohh

miss shark said...

dear Ched : kau... memang minda suci lah kalau macam ni. aku salute ahh kau.. hahaha

miss shark said...

dear kNOcK..KnOcK.. : ina, ina, ina !!! hahaha.. apa lah nasib time tuh. sebenarnya kita tengah blurr sebab 'sesat' dalam mall tuhh.. betul, malu sangat2 :D wakakaka..

fyna said...

hehehe...
suke la tue...

Nurul Syuhada Bt Hasri said...

lame gila aku xkomen kau..uhh....(bukan nama sebenar konon)..haha..qura,speed,ina...wahahaha

Nur Liyana said...

haahahaha....wah tgk crite apa tue??hahahahhahha...

Qaseh dalia adelia said...

sumbat je popcorn dalam mulut dia sume2 hehe

miss shark said...

dear fyna : suka sikit2 je.. hahahaha :D

miss shark said...

dear Nurul Syuhada Bt Hasri : kau dah lupa ke aku nihh.. wahahahahaa.. memang aku tak guna nama sebenar. senyap2 dah :p

miss shark said...

dear Nur Liyana : cerita teetttt.. hehehehee.. tersalah beli tiket time tuh =='

miss shark said...

dear Qaseh dalia adelia : adehh.. ganasnya dia nih.. tapi memang dah terpikir macam tu jugak. hihihihii :D

kay_are said...

sombong cik adik xmo layan, penat je fewit2 tau =P tak pernah lagi jejak cinema area kuantan tu.. so cane nak tau cite ape tu? xde idea!! @.@

kNOcK..KnOcK.. said...

ffuuuhhh,,,
memng bkn nama sbnrkn shark...

amny said...

perhhh!!! kat mane tu shark !??aku xpenah g ponn..hahhahahahahahahhahh

ina(bukan nama sebenar) dah citer dah kat aku!hahaha


aku raja segala wayang..haha

miss shark said...

dear kay_are : hahahaa.. apa ntah dia mengarut nih. ni cinema baru punya wooo..

miss shark said...

dear kNOcK..KnOcK.. : kena jaga privacy kita bersama :) hehehe

miss shark said...

dear amny : kata raja segala wayang. tapi tak tau port nih. hampeh.. hahahaa.. keko keko mesti dah tau punya -,-

Mira iiya said...

bkan nm sbnr ye shark??
huhuhu..,

miss shark said...

dear Mira iiya : nama sebenar tu macam dalam i/c kan.