~ surat untuk blog aku.

 Assalamualaikum.

hai blog. apa khabar kau? eh, kenapa muram sangat kau hari ni? rindu aku eh. minta maaf sangat, aku tak boleh nak luangkan masa dengan kau lebih-lebih. kau tahu bukan, kehidupan aku sekarang macam mana.

aku suka kehidupan aku sekarang.

hei, dengar sini. aku bakal bergerak ke satu tempat yang agak pedalaman bagi aku. susah untuk aku berada di 'atas talian' lepas ni. susah untuk aku berhubung dengan kawan-kawan aku dah lepas ni. sedih bukan?

ohh serius, aku memang suka.

kalau kau terhidu aku tengah online facebook, jangan cemburu. itu bermakna aku sedang cuba sedaya upaya menjenguk kau. aku masih lagi sayangkan kau. ah, sukar untuk aku takrifkan macam mana perasaan aku sekarang.

ya, aku suka sangat dengan keadaan aku sekarang.

sudahlah. makin lama aku menaip, makin sedih kau aku tengok. janganlah macam ni. ingat, kau tu blog. bukan manusia macam aku. manusia ni lain, tak sama macam kau.

yang benar,
shark

p/s : post macam haram 'J'. ceh.

no comment box available right now. thanks.